Skip to content
Portal rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Petaling
Hidup Berjasa

Selamat Datang ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Petaling

Dapatkan maklumat rasmi, pengumuman, aktiviti dan perkembangan terkini Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.

Makluman sekolah

Pengumuman terkini

Rujukan utama untuk tarikh, hebahan dan tindakan yang perlu diberi perhatian oleh warga sekolah.

Tahniah

Rumah Merah Juara Keseluruhan Hari Sukan SSP 2026

Tahniah kepada Rumah Merah yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sri Petaling Ke-53 Tahun 2026 dengan kutipan 478 mata! Rumah Biru menduduki tempat kedua (431 mata), diikuti Rumah Hijau (395 mata) dan Rumah Kuning (361 mata). Syabas kepada semua atlet, guru rumah sukan dan warga SSP atas semangat kesukanan yang hebat.

Baca sorotan
Penting 3 Ogos 2026

Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan Malaysia 2026 SK Sri Petaling

Warga SK Sri Petaling dijemput bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan Malaysia 2026 pada 3 Ogos 2026. Tema sambutan tahun ini ialah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. Marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara.

Penting 21–23 Ogos

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Sri Petaling 2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Sri Petaling 2026 akan berlangsung pada 21–23 Ogos 2026 (Jumaat–Ahad), bermula jam 12.00 tengah hari di Sedayu Green Venture, Hulu Langat. Yuran penyertaan ialah RM195 dan termasuk baju-T khas perkhemahan. Penyertaan adalah terhad. Murid yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran dan pembayaran melalui guru Unit Beruniform masing-masing. Jumpa anda di sana! Unit Kokurikulum SSP #SSPDIHATI #SSPSEHATI #SSPTHECHAMPION

Warisan sejak 1969

Hidup Berjasa, dari Sekolah Rendah Universiti ke SSP.

Ditubuhkan pada 6 Januari 1969 sebagai Sekolah Rendah Universiti, sekolah ini bermula sebagai sekolah makmal dan uji kaji di bawah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Ia dirasmikan pada 28 Oktober tahun yang sama sebelum berkembang menjadi Sekolah Kebangsaan Sri Petaling yang dikenali hari ini.

Semangat mencuba, belajar dan berkhidmat terus menjadi nadi SSP—sebuah sekolah berbilang kaum di Seksyen 12, Petaling Jaya yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sejak 2013.

1969

Tahun penubuhan & perasmian

2013

Sekolah Berprestasi Tinggi

PJ

Seksyen 12, Petaling Jaya

Baca bingkisan sejarah penuh
Pemandangan udara Sekolah Kebangsaan Sri Petaling
Sekolah Kebangsaan Sri Petaling Hidup Berjasa
Puan Hajah Shamsinar Hayati Binti Mohd Shith, Guru Besar SSP
“Mari kita bersama-sama menghidupkan generasi bangsa yang Hidup Berjasa.”

Puan Hajah Shamsinar Hayati Binti Mohd Shith

Guru Besar, SSP

Kalendar SSP

Acara akan datang

Simpan tarikh penting dan rancang penyertaan keluarga anda lebih awal.

21

Aug 2026

school

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

Friday, 12:00 AM

29

Aug 2026

holiday

Cuti Penggal 2 Sesi 2026

Saturday, 12:00 AM

25

Sep 2026

school

Sambutan Hari Lahir (Mei–September)

Friday, 12:00 AM

28

Sep 2026

academic

Ujian Akhir Sesi Akademik 2026

Monday, 12:00 AM

Portal keluarga

Sumbangan PIBG, lebih mudah.

Semak penyata, buat bayaran dalam talian dan simpan rekod sumbangan melalui portal PIBG.

Buka portal PIBG

Selamat

Pembayaran FPX

Segera

Resit digital

24/7

Akses dalam talian

Tersusun

Rekod bayaran

Bantuan & pertanyaan

Hubungi kami

Untuk urusan kemasukan, yuran atau hal sekolah, pasukan pejabat kami sedia membantu.

Telefon

+603 7957 8126

E-mel

BBB8314@moe.edu.my

Alamat

Jalan 12/15, Seksyen 12, 46200 Petaling Jaya, Selangor