PIBG SK Sri Petaling akan menganjurkan Larian Sihat Jogathon 2026 dengan tema “Bersama Melangkah, Bersama Membina”. Program ini menghimpunkan warga sekolah dalam usaha bersama untuk menyokong kemudahan, keselesaan dan kelestarian komuniti SSP.
Butiran program
- Tarikh: Sabtu, 24 Oktober 2026
- Masa: 7.00 pagi
- Tempat: Padang SKSP
Matlamat kutipan
Aktiviti Jogathon anjuran PIBG ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu penyelenggaraan dan menaik taraf prasarana sekolah, di samping menambah tabung kebajikan pelajar. Sasaran kutipan sekolah ialah RM150,000.00.
Tempoh kutipan berlangsung dari 5 Ogos hingga 24 Oktober 2026. Sumbangan minimum ialah RM50 seorang, dan setiap RM1 bersamaan 10 meter perjalanan maya.
Keutamaan penggunaan dana
- Menaik taraf kelas dan kemudahan bilik-bilik khas
- Menaik taraf kantin dan tandas kantin
- Program Transformasi Sukan Sekolah
- Pemodenan dewan perhimpunan, termasuk sistem PA, pentas dan lampu
- Menaik taraf Makmal ICT dan menambah baik capaian internet di kelas
Warga SSP dan komuniti sekolah dialu-alukan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Maklumat kutipan digital, perjalanan maya dan insentif peserta boleh dirujuk melalui portal rasmi Jogathon SK Sri Petaling.